3 Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,Aku akan memberkati keturunan kamu.
4 Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair,seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.
5 Seorang demi seorang akan berkata, ‘Aku milik TUHAN.’Mereka akan bergabung dengan umat Israel.Tiap-tiap orang akan menulis pada lengannya: Milik TUHAN,serta menyebut dirinya sebagai anggota umat Allah.”
6 TUHAN yang memerintah dan melindungi Israel,TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Akulah yang pertama dan yang terakhir, Allah satu-satunya;selain Aku, tiada yang lain.
7 Siapakah dapat melakukan apa yang telah Kubuat?Siapakah dapat meramalkan apa yang akan berlakusejak permulaan hingga akhir zaman?
8 Janganlah takut, hai umat-Ku!Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarangAku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku;kamulah saksi-saksi-Ku.Selain Aku, tiada yang lain,dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”
9 Semua orang yang membuat berhala tidak berguna, dan dewa-dewa yang dipuja mereka pun tidak berguna. Mereka yang menyembah dewa-dewa itu buta dan tidak tahu apa-apa; oleh itu mereka akan dipermalukan.