3 Aku akan memberi engkau kekayaandari tempat-tempat yang gelap dan tersembunyi;barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN,dan bahawa Allah Israel telah memanggil engkau dengan namamu.
4 Aku melantik engkau untuk menolong hamba-Ku Israel,umat yang telah Kupilih itu.Aku telah mengurniakan kehormatan kepadamuwalaupun engkau tidak mengenal Aku.
5 Akulah TUHAN; selain Aku tiada yang lain.Aku akan mengurniai engkau kekuatan yang kauperlukan,walaupun engkau tidak mengenal Aku.
6 Aku berbuat demikiansupaya dari timur sampai ke baratsemua orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN;selain Aku tiada yang lain.
7 Akulah yang menciptakan cahaya dan kegelapan;Akulah yang mendatangkan berkat dan malapetaka.Akulah TUHAN yang melakukan semuanya.
8 Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit;bumi terbuka untuk menerimanya,lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan,kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”
9 Malanglah orang yang membantah Penciptanya;orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,“Apakah yang engkau buat?”Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?