6 Aku berbuat demikiansupaya dari timur sampai ke baratsemua orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN;selain Aku tiada yang lain.
7 Akulah yang menciptakan cahaya dan kegelapan;Akulah yang mendatangkan berkat dan malapetaka.Akulah TUHAN yang melakukan semuanya.
8 Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit;bumi terbuka untuk menerimanya,lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan,kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”
9 Malanglah orang yang membantah Penciptanya;orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,“Apakah yang engkau buat?”Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?
10 Malanglah anak yang bertanya kepada ibu bapa,“Mengapakah saya dilahirkan begini?”
11 TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN yang menentukan masa depan berfirman,“Kamu tidak berhak menyoal Aku tentang anak-anak-Ku,ataupun memberitahu Aku apa yang harus Aku buat.
12 Akulah yang menjadikan bumi,dan menciptakan manusia untuk mendiaminya.Dengan kuasa-Ku, Aku membentangkan langit;Aku menguasai matahari, bulan, dan bintang.