7 Akulah yang menciptakan cahaya dan kegelapan;Akulah yang mendatangkan berkat dan malapetaka.Akulah TUHAN yang melakukan semuanya.
8 Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit;bumi terbuka untuk menerimanya,lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan,kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”
9 Malanglah orang yang membantah Penciptanya;orang itu seperti periuk yang melawan pembuatnya.Adakah tanah liat bertanya kepada tukang periuk,“Apakah yang engkau buat?”Bolehkah periuk mengadu bahawa pembuatnya itu tidak pandai?
10 Malanglah anak yang bertanya kepada ibu bapa,“Mengapakah saya dilahirkan begini?”
11 TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN yang menentukan masa depan berfirman,“Kamu tidak berhak menyoal Aku tentang anak-anak-Ku,ataupun memberitahu Aku apa yang harus Aku buat.
12 Akulah yang menjadikan bumi,dan menciptakan manusia untuk mendiaminya.Dengan kuasa-Ku, Aku membentangkan langit;Aku menguasai matahari, bulan, dan bintang.
13 Akulah yang menggerakkan hati Kores supaya bertindak,untuk melaksanakan maksud-Ku dan menegakkan keadilan.Aku akan meratakan tiap-tiap jalan yang akan dilaluinya.Dia akan membina semula kota-Ku, Yerusalem,dan membebaskan umat-Ku yang ditawan,tanpa rasuah dan tanpa bayaran.”TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.