10 Sejak permulaan Aku telah menubuatkan hal yang akan datang;dari dahulu Aku telah meramalkan hal yang akan berlaku.Aku berfirman bahawa rancangan-Ku tidak akan gagal,bahawa Aku pasti melakukan segala kehendak-Ku.
11 Aku memanggil seorang dari timur;dia akan menyambar seperti seekor burung helang,dia akan melaksanakan rancangan-Ku.Apa yang Aku firmankan pasti Aku laksanakan,apa yang Aku rancangkan pasti Aku lakukan.
12 Dengarkanlah aku, hai umat yang degil,kamu yang menyangka bahawa pembebasan masih lama lagi.
13 Tetapi Aku telah mendekatkan hari itu,pembebasan sudah hampir.Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda,Aku akan menyelamatkan Yerusalemdan memberikan kehormatan kepada Israel.”