1 TUHAN berfirman,“Hai Babel, turunlah dari takhtamu,dan duduklah di atas debu.Dahulu kamu seperti anak dara, kota yang tidak dijajah,tetapi sekarang kamu tidak lagi menarik ataupun manis!
2 Gilinglah tepung dengan batu kisaran;tanggalkanlah kain tudungmu,angkatlah kainmu sampai nampak betismudan seberangilah sungai-sungai!
3 Orang akan nampak kamu bertelanjang,dihina serta dipermalukan.Aku akan membalas dendam,dan tidak seorang pun Aku biarkan terlepas.”
4 Allah Israel, Allah yang suci, membebaskan kita,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.
5 TUHAN berfirman kepada Babel,“Diamlah! Duduklah dalam kegelapan!Kamu tidak lagi disebutratu bangsa-bangsa!
6 Aku murka terhadap umat-Ku,Aku tidak menganggap mereka sebagai umat-Ku:Aku menyerahkan mereka ke bawah kuasamu,dan kamu tidak menunjukkan belas kasihan terhadap mereka;bahkan orang tua-tua pun kamu perlakukan dengan kasar.
7 Kamu berfikir bahawa kamu akan menjadi ratu selama-lamanya,kamu tidak cuba mengerti, ataupun memikirkan kesudahan semuanya.