6 Aku murka terhadap umat-Ku,Aku tidak menganggap mereka sebagai umat-Ku:Aku menyerahkan mereka ke bawah kuasamu,dan kamu tidak menunjukkan belas kasihan terhadap mereka;bahkan orang tua-tua pun kamu perlakukan dengan kasar.
7 Kamu berfikir bahawa kamu akan menjadi ratu selama-lamanya,kamu tidak cuba mengerti, ataupun memikirkan kesudahan semuanya.
8 Dengarlah, hai pencinta kesenangan,kamu menyangka bahawa kamu aman dan selamat,dan tiada sesiapa yang seperti kamu.Kamu menyangka kamu tidak akan menjadi balu,ataupun kehilangan anak-anakmu.
9 Tetapi dalam sesaat sahaja, dalam satu hari,kedua-dua hal itu akan berlaku.Sekalipun kamu menggunakan segala kuasa sihirmu,kamu akan kehilangan suami serta anak-anakmu.
10 Kamu berasa aman dalam kejahatanmu;kamu menyangka tidak seorang pun mengetahuinya.Kebijaksanaan dan pengetahuanmu telah menyesatkan kamu.Kamu menyangka bahawa tiada sesiapa yang seperti kamu.
11 Tetapi malapetaka akan menimpa kamu,ilmu sihirmu tidak akan dapat mencegahnya.Kebinasaan akan datang dengan tiba-tiba,kebinasaan yang tidak kamu sangka.
12 Teruslah menggunakan segala sihirmu,yang telah kamu gunakan sejak masa mudamu.Mungkin jampi-jampahmu dapat menolong kamu,dan menakut-nakutkan musuhmu.