9 Tetapi dalam sesaat sahaja, dalam satu hari,kedua-dua hal itu akan berlaku.Sekalipun kamu menggunakan segala kuasa sihirmu,kamu akan kehilangan suami serta anak-anakmu.
10 Kamu berasa aman dalam kejahatanmu;kamu menyangka tidak seorang pun mengetahuinya.Kebijaksanaan dan pengetahuanmu telah menyesatkan kamu.Kamu menyangka bahawa tiada sesiapa yang seperti kamu.
11 Tetapi malapetaka akan menimpa kamu,ilmu sihirmu tidak akan dapat mencegahnya.Kebinasaan akan datang dengan tiba-tiba,kebinasaan yang tidak kamu sangka.
12 Teruslah menggunakan segala sihirmu,yang telah kamu gunakan sejak masa mudamu.Mungkin jampi-jampahmu dapat menolong kamu,dan menakut-nakutkan musuhmu.
13 Kamu tidak lagi berkuasasekalipun dengan banyak nasihat yang kamu terima.Biarlah para ahli nujummu tampil untuk menyelamatkan kamu;mereka mempelajari bintang-bintang,meneliti penjuru-penjuru langit,dan pada tiap-tiap bulan,meramalkan apa yang akan berlaku kepadamu.
14 Mereka seperti jerami yang habis dibakar api;mereka tidak dapat menyelamatkan diri sendiri!Nyala api itu terlalu panas bagi mereka,bukan api hangat untuk berdiang.
15 Itulah sahaja gunanya ahli nujum bagimu;kamu minta nasihat daripada mereka sejak masa mudamu.Mereka semua akan lari dan meninggalkan kamu,tiada sesiapa pun yang tinggal untuk menyelamatkan kamu.”