12 TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai Israel,umat yang telah Kupanggil.Akulah Allah, satu-satunya Allah,yang pertama dan yang terakhir!
13 Tangan-Ku meletakkan asas bumi,dan membentangkan langit.Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap,kedua-duanya datang dengan segera.
14 Berhimpunlah dan dengarlah, kamu semua!Tidak satu dewa pun dapat meramalkanbahawa orang yang Aku pilih itu akan menyerang Babel;dia akan menjalankan perintah-Ku.
15 Akulah yang telah berfirman serta memanggil dia;Aku memimpin dia dan memberi dia kejayaan.
16 Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku.Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang,dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan.”Sekarang TUHAN Raja mengutus akudan memberi aku kuasa-Nya.
17 Firman Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN Penyelamat kamu,“Akulah TUHAN, Allah kamu,Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu,Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.
18 Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku,tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putusseperti sungai yang tidak pernah kering.Kamu akan terus-menerus berjayaseperti ombak laut yang tidak berhenti.