16 Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku.Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang,dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan.”Sekarang TUHAN Raja mengutus akudan memberi aku kuasa-Nya.
17 Firman Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN Penyelamat kamu,“Akulah TUHAN, Allah kamu,Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu,Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.
18 Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku,tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putusseperti sungai yang tidak pernah kering.Kamu akan terus-menerus berjayaseperti ombak laut yang tidak berhenti.
19 Keturunan kamu akan menjadi sebanyak butir pasirdan Aku akan memastikan supaya mereka tidak binasa.”
20 Keluarlah dan larilah dari Babel!Isytiharkanlah berita itu dengan sorak gembira.Siarkan berita itu ke mana-mana,“TUHAN telah menyelamatkan Israel, hamba-Nya!”
21 Ketika TUHAN memimpin umat-Nya melalui padang gurun,mereka tidak kehausan.Dia mengeluarkan air dari bukit batu untuk mereka;Dia membelah bukit batu, lalu air pun memancut.
22 “Orang yang berdosa tidak akan selamat,”demikianlah firman TUHAN.