2 Namun kamu mengaku dengan banggabahawa kamu warga kota yang suci,dan bahawa kamu bergantung kepada Allah Israel,yang disebut TUHAN Yang Maha Kuasa.
3 TUHAN berfirman kepada Israel,“Sejak dahulu Aku telah berfirman tentang hal yang akan berlaku,lalu dengan tiba-tiba Aku melaksanakannya.
4 Aku tahu bahawa kamu keras kepala,keras hati dan berkepala batu.
5 Oleh itu sejak dahulu Aku berfirman tentang masa depan kamu,Aku mengisytiharkan hal-hal yang belum berlaku;supaya kamu tidak dapat berkatabahawa hal itu perbuatan patung berhala kamu.
6 Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang,kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar.Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru,rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.
7 Baru sekarang Aku melakukannya,belum pernah kamu mendengar hal itu,supaya kamu tidak dapat berkatabahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya.
8 Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai,kamu dikenal sebagai penderhaka.Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya,dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.