2 Dia membuat kata-kataku tajam seperti pedang,Dia melindungi aku dengan tangan-Nya sendiri.Dia menjadikan aku seperti anak panahyang tajam dan siap untuk digunakan.
3 Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, kamu hamba-Ku;kerana kamu, orang akan memuji Aku.”
4 Aku berkata, “Aku telah berusaha, tetapi sia-sia saja!Aku telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa.”Namun aku percaya kepada TUHAN untuk membela perkaraku;Allah akan memberi aku ganjaran untuk usahaku.
5 Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku;Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya,untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya.TUHAN memberi aku kehormatan,Allahku adalah sumber kekuatanku.
6 TUHAN berfirman kepadaku,“Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku.Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat,tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsasupaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”
7 Allah Israel, Allah yang suci, Penyelamat Israel berfirmankepada orang yang sangat dihina,yang dibenci oleh bangsa-bangsa,yang menjadi hamba penguasa-penguasa,“Raja-raja akan melihat perbuatan-Ku,lalu berdiri untuk memberikan hormat.Para penguasa juga akan melihat hal itu,lalu sujud untuk memberikan hormat.”Hal ini akan berlaku kerana TUHAN telah memilih hamba-Nya;Allah Israel, Allah yang suci menepati janji-Nya.
8 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Apabila masanya tiba bagi-Ku untuk menyelamatkan kamu,Aku akan menjawab seruan kamu dan menolong kamu.Aku akan menjaga dan melindungi kamu.Aku akan membuat perjanjian dengan bangsa-bangsa melalui kamu.Aku akan membolehkan kamu mendiami semulanegeri yang lengang sekarang.