8 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Apabila masanya tiba bagi-Ku untuk menyelamatkan kamu,Aku akan menjawab seruan kamu dan menolong kamu.Aku akan menjaga dan melindungi kamu.Aku akan membuat perjanjian dengan bangsa-bangsa melalui kamu.Aku akan membolehkan kamu mendiami semulanegeri yang lengang sekarang.
9 Aku akan berkata kepada orang tawanan, ‘Keluarlah!’dan kepada orang dalam kegelapan, ‘Marilah ke tempat yang terang!’Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan,bahkan di bukit yang gondol pun mereka tidak kekurangan.
10 Mereka tidak akan lapar atau dahaga,dan tidak ditimpa angin panas dan terik matahari,kerana mereka dipimpin oleh penyayang mereka.Dia akan memimpin mereka ke mata air.
11 Aku akan membina lebuh raya melintasi pergunungan,Aku akan menyediakan jalan bagi umat-Ku.
12 Umat-Ku akan datang dari tempat-tempat yang jauh,dari utara, barat, dan dari Sinim di selatan.”
13 Bernyanyilah, hai langit! Bersoraklah dengan sukacita, hai bumi!Bernyanyilah dengan gembira, hai gunung-gunung,kerana TUHAN akan menghiburkan umat-Nya,Dia akan mengasihani umat-Nya yang menderita.
14 Tetapi penduduk Yerusalem berkata,“TUHAN telah meninggalkan kita!Dia telah melupakan kita.”