15 Tiap-tiap orang akan dipermalukan, dan semua orang yang sombong akan direndahkan.
16 Demikianlah TUHAN Yang Maha Kuasa menunjukkan kebesaran-Nya dengan melakukan apa yang benar, serta menyatakan kesucian-Nya dengan menghakimi umat-Nya.
17 Di tengah-tengah reruntuhan kota, anak domba akan meragut rumput dan anak kambing akan mendapat padang rumput yang hijau.
18 Malanglah kamu! Kamu tidak mahu meninggalkan dosa.
19 Kamu berkata, “Marilah kita lihat apa yang akan dilakukan TUHAN. Biarlah Dia segera melakukan hal yang telah difirmankan-Nya. Biarlah Allah Israel, Allah yang suci melaksanakan rancangan-Nya.”
20 Malanglah kamu! Kamu memutarbalikkan yang baik dan yang jahat, yang gelap dan yang terang, serta yang pahit dan yang manis.
21 Malanglah kamu! Kamu fikir, kamu bijak dan sangat pandai!