21 Malanglah kamu! Kamu fikir, kamu bijak dan sangat pandai!
22 Malanglah kamu, hai jaguh minum. Kamu berani dan hebat apabila mencampur minuman keras!
23 Tetapi manakala kamu diberikan rasuah sedikit sahaja, kamu bersedia melepaskan orang yang bersalah, serta mencegah orang yang tidak bersalah menerima keadilan.
24 Oleh itu sebagaimana jerami dan rumput kering mudah terbakar, demikian juga akar kamu akan reput dan bunga kamu layu, lalu diterbangkan angin, kerana kamu telah menolak ajaran TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, Allah yang suci.
25 TUHAN murka terhadap umat-Nya. Dia hendak menghukum mereka. Gunung akan goncang dan mayat akan berselerakan di tengah jalan seperti sampah. Namun kemurkaan TUHAN belum lagi berakhir. Dia akan terus menghukum umat-Nya.
26 Lihatlah TUHAN memberikan tanda kepada bangsa yang jauh. Dia bersiul memanggil mereka dari hujung bumi dan mereka datang dengan segera!
27 Tiada satu orang pun penat atau tersandung. Mereka tidak pernah mengantuk atau tidur. Mereka selalu siap untuk berperang.