2 Mengapakah umat-Ku tidak menyambut Akuketika Aku datang untuk menyelamatkan mereka?Mengapakah mereka tidak menjawab ketika Aku memanggil?Adakah Aku terlalu lemah untuk menyelamatkan mereka?Dengan perintah-Ku air laut menjadi kering,sungai-sungai menjadi padang pasirsehingga ikan-ikan di dalamnya mati kerana tidak ada air.
3 Aku menjadikan langit gelapseolah-olah langit sedang berkabung.”
4 TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginankuuntuk mendengar ajaran-Nya bagiku.
5 TUHAN telah memberi aku pengertian,aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.
6 Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku,dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.Aku tidak memalingkan mukakuketika aku dihina dan diludahi.
7 Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku,kerana TUHAN Raja menolong aku.Aku menguatkan hatiku supaya tabah.Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,
8 kerana Allah menyertai aku.Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah.Beranikah sesiapa menuduh aku?Marilah kita ke pengadilan.Biarlah dia mengajukan tuduhan.