5 TUHAN telah memberi aku pengertian,aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.
6 Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku,dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.Aku tidak memalingkan mukakuketika aku dihina dan diludahi.
7 Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku,kerana TUHAN Raja menolong aku.Aku menguatkan hatiku supaya tabah.Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,
8 kerana Allah menyertai aku.Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah.Beranikah sesiapa menuduh aku?Marilah kita ke pengadilan.Biarlah dia mengajukan tuduhan.
9 TUHAN Raja sendiri membela aku;siapakah dapat mengatakan aku bersalah?Semua pendakwaku akan lenyap;mereka akan lenyap seperti kain usang dimakan gegat.
10 Hai kamu yang menghormati TUHANdan yang taat kepada kata-kata hamba-Nya.Perjalanan yang kamu tempuh mungkin gelap,tetapi percayalah kepada TUHAN,dan bersandarlah kepada Allah kamu.
11 Hai kamu semua yang merancang untuk membinasakan orang lain,kamu akan dibinasakan oleh rancangan kamu sendiri.TUHAN sendiri akan menyebabkan perkara ini berlaku,dan kamu akan menderita kesudahan yang malang.