17 Bangunlah, hai Yerusalem!Bangunlah dan bangkitlah!Kamu telah mengalami hukuman TUHAN,hukuman yang dijatuhkan kepadamu kerana kemurkaan-Nya,sudah kamu jalani sampai selesai.
18 Tiada sesiapa antara pendudukmu yang memimpinmu;tiada sesiapa antara penghunimu yang menuntunmu.
19 Kamu telah ditimpa dua bencana:negerimu dirosakkan oleh peperangan,dan pendudukmu kelaparan.Tiada sesiapa pun mengasihani dan menghibur kamu.
20 Di tiap-tiap sudut jalanpendudukmu jatuh kerana lemah;mereka seperti rusa yang terperangkap.Mereka telah merasai akibat kemurkaan Allah.
21 Hai penduduk Yerusalem yang menderita,kamu terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
22 TUHAN, Allah kamu membela kamu.Dia berfirman, “Aku akan menjauhkan hukumanyang telah Kujatuhkan ketika Aku murka.Kamu tidak usah lagi menderita hukumanyang membuat kamu terhuyung-hayang.
23 Aku akan menjatuhkan hukuman itu kepada penindas kamu,kepada mereka yang menyuruh kamu berbaring di jalan,serta memijak-mijak kamu seolah-olah kamu ini sampah.”