7 Dengarkan Aku, hai kamu yang tahu akan hal yang benar,kamu yang telah menyimpan ajaran-Ku dalam hati.Jangan takut apabila orang mencela atau menghina kamu;
8 mereka akan lenyap seperti pakaian dimakan gegat!Tetapi penyelamatan daripada-Ku akan kekal selama-lamanya;kemenangan-Ku tetap sepanjang masa.”
9 Bangkitlah, ya TUHAN, tolonglah kami!Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu.Gunakanlah kuasa-Mu seperti pada zaman purba,ketika Engkau menghancurkan Rahab, naga laut itu.
10 Engkau juga yang mengeringkan laut,serta menyediakan jalan di tengah-tengah air,supaya mereka yang Engkau selamatkan dapat menyeberanginya.
11 Orang yang Engkau selamatkan akan tiba di Yerusalem dengan sukacita,mereka akan menyanyi dan bersorak-sorai.Mereka akan bersukacita dan bersukaria,bebas daripada duka nestapa selama-lamanya.
12 TUHAN berfirman,“Akulah yang menghibur kamu.Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana?Manusia seperti rumput yang cepat layu.
13 Adakah kamu sudah lupa akan TUHAN Pencipta kamu,yang membentangkan langit,dan meletakkan asas bumi?Mengapakah kamu sentiasa takut terhadap keganasan penindas,yang mahu membinasakan kamu?Keganasan mereka tidak dapat menyentuh kamu lagi.