2 TUHAN menghendaki hamba-Nya membesarseperti tunas yang tumbuh di tanah gersang.Rupanya tidak elok ataupun tampan,sehingga kita tidak tertarik kepadanya.Tiada apa-apa padanya yang menarik hati,yang membuat kita mengingini dia.
3 Kita menghina dan menolak dia,dia menderita kesengsaraan dan kesakitan.Tidak seorang pun hendak memandang dia;kita pun tidak mempedulikan dia.
4 Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,penyakit kitalah yang dideritanya.Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya ituhukuman Allah baginya.
5 Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,kita disembuhkan kerana luka-lukanya.
6 Dahulu kita semua seperti domba yang sesat,masing-masing mengikut jalan sendiri.Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya,hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.
7 Dia diperlakukan dengan kasar,tetapi dia menanggungnya dengan sabar;Dia tidak membuka mulutnyaseperti anak domba yang dibawa ke pembantaian,atau induk domba yang dicukur bulunya.
8 Dia ditahan dan dihakimi,lalu digiring untuk dihukum mati.Tidak seorang pun mempedulikannya;dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.