7 Dia diperlakukan dengan kasar,tetapi dia menanggungnya dengan sabar;Dia tidak membuka mulutnyaseperti anak domba yang dibawa ke pembantaian,atau induk domba yang dicukur bulunya.
8 Dia ditahan dan dihakimi,lalu digiring untuk dihukum mati.Tidak seorang pun mempedulikannya;dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.
9 Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat,dia dikebumikan bersama-sama orang kaya,walaupun dia tidak pernah melakukan jenayahdan tidak pernah berdusta.”
10 TUHAN berfirman,“Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku;dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa.Oleh itu dia akan panjang umur;dia akan melihat keturunannya,dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.
11 Selepas penderitaan, dia akan bersukacita semula;dia akan tahu bahawa penderitaannya tidak sia-sia.Hamba-Ku yang setia dan yang Aku perkenankanakan menanggung hukuman banyak orang,dan kerana dia, Aku akan mengampuni mereka.
12 Oleh itu Aku akan memberi dia kedudukan yang mulia,kedudukan di kalangan orang besar dan kenamaan.Dia rela mengorbankan nyawanya,dan dia dianggap sebagai orang jahat.Dia menanggung dosa banyak orang,dan berdoa agar mereka diampuni.”