2 Luaskanlah khemah kediamanmu,panjangkan talinya dan kukuhkanlah pasaknya!
3 Kawasanmu akan diperluas di setiap sisi;pendudukmu akan kembali menghuni negeriyang sekarang diduduki oleh bangsa-bangsa lain.Kota-kota yang sekarang lengang akan dipenuhi orang.
4 Jangan takut! Kamu tidak akan dipermalukan lagi.Kamu tidak akan dihina lagi.Kamu akan melupakan ketidaksetiaanmu pada waktu muda,dan tidak ingat akan kesunyianmu sebagai janda.
5 Penciptamu seperti suami bagimu,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.Allah Israel, Allah yang suci ialah Penyelamat kamu,Dialah Allah penguasa seluruh dunia.
6 Hai Israel, kamu seperti seorang isteri yang muda,yang sedih kerana ditinggalkan oleh suaminya.Tetapi TUHAN memanggil kamu kembali kepada-Nya.Dia berfirman,
7 “Sebentar saja Aku telah meninggalkan kamu,tetapi dengan penuh kasih Aku akan mengambil kamu kembali.
8 Aku berpaling daripadamu sebentar saja kerana Aku sangat murka,tetapi Aku akan mengasihi kamu selama-lamanya.”Demikianlah firman TUHAN, Penyelamat kamu.