8 Aku berpaling daripadamu sebentar saja kerana Aku sangat murka,tetapi Aku akan mengasihi kamu selama-lamanya.”Demikianlah firman TUHAN, Penyelamat kamu.
9 “Pada zaman Nuh Aku berjanjitidak akan membanjiri bumi lagi.Sekarang Aku berjanji tidak akan murka terhadapmu lagi;Aku tidak akan memarahi atau menghukum kamu.
10 Biarpun gunung dan bukit runtuh,tetapi Aku tidak akan berhenti mengasihi kamu;Aku akan menepati perjanjian damai-Ku.”Demikianlah firman TUHAN yang mengasihi kamu.
11 TUHAN berfirman,“Hai Yerusalem, kota yang menderita dan tidak berdaya,tiada sesiapa pun yang menghiburkan kamu.Aku akan membina asasmu semula dengan batu nilam.
12 Aku akan membina menaramu dengan batu delima,pintu gerbangmu dengan batu manikam merah,dan tembok di sekelilingmu dengan batu permata.
13 Aku sendiri akan mengajar pendudukmu,dan memberi mereka kemakmuran dan kedamaian.
14 Keadilan akan menguatkan kamu.Kamu akan terhindar daripada penindasan dan kengerian.