5 Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap;pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu,tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu.Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suciakan melaksanakan segala perkara ini;Aku akan mengagungkan kamu.”
6 Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.
7 Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,dan mengubah jalan fikiran mereka.Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.
8 TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi,setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.
10 Firman-Ku seperti salji dan hujanyang turun dari langit untuk membasahi bumi,serta menumbuhkan tanamansehingga menghasilkan benih untuk ditanamdan makanan untuk dimakan.
11 Demikian jugalah firman yang Aku ucapkanakan berjaya mencapai tujuan-Ku,dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.