7 Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,dan mengubah jalan fikiran mereka.Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.
8 TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi,setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.
10 Firman-Ku seperti salji dan hujanyang turun dari langit untuk membasahi bumi,serta menumbuhkan tanamansehingga menghasilkan benih untuk ditanamdan makanan untuk dimakan.
11 Demikian jugalah firman yang Aku ucapkanakan berjaya mencapai tujuan-Ku,dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.
12 Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita,kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian.Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira,semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
13 Pokok sipres akan menggantikan semak duri,pokok kemunting menggantikan semak belukar.Kejadian ini sebagai tanda yang kekal,peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”