3 Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain,“Suci, suci, suci!Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa!Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.”
4 Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap.
5 Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!”
6 Kemudian salah satu makhluk itu terbang turun kepadaku, membawa bara yang diambilnya dari mazbah dengan sepit.
7 Dia menyentuh bibirku dengan bara itu sambil berkata, “Bara ini telah menyentuh bibirmu. Oleh itu, kesalahanmu sudah dihapuskan, dan dosamu pun sudah diampunkan.”
8 Kemudian aku mendengar Tuhan berfirman, “Siapakah yang akan Kuutus? Siapa akan menjadi utusan kita?”Aku menjawab, “Inilah aku. Utuslah aku!”
9 Lalu Dia menyuruh aku memberikan perkhabaran ini kepada umat, “Kamu akan terus mendengar, tetapi tidak mengerti. Kamu akan terus memperhatikan, tetapi tidak tahu apa yang berlaku.”