14 Kerana Aku sangat suci, Aku menjadi seperti batu sandungan, serta perangkap bagi rakyat Yehuda dan Israel, serta penduduk Yerusalem.
15 Banyak orang akan tersandung; mereka akan jatuh dan remuk. Mereka akan terperangkap.”
16 Kamu, pengikut-pengikutku, harus menyimpan dan memelihara perkhabaran yang telah diberikan Allah kepadaku.
17 TUHAN telah menyembunyikan diri daripada umat-Nya, tetapi aku percaya dan berharap kepada-Nya.
18 Inilah aku dengan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku. TUHAN Yang Maha Kuasa yang bersemayam di Bukit Sion telah mengutus kami sebagai tanda kepada umat Israel.
19 Tetapi orang akan menyuruh kamu meminta petunjuk daripada tukang tenung dan bomoh yang berbisik-bisik dan berkumat-kamit. Orang akan berkata, “Bukankah kita harus minta petunjuk daripada arwah-arwah demi kepentingan orang yang masih hidup?”
20 Hendaklah kamu menjawab, “Dengarkan ajaran TUHAN! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.”