3 Tidak berapa lama kemudian isteriku mengandung. Apabila anak kami lahir, TUHAN berfirman kepadaku, “Namakanlah dia, ‘Curi Segera, Rampas Cepat.’
4 Sebelum anak itu dapat menyebut ‘Mak’ dan ‘Ayah’, semua harta kota Damsyik dan semua barang jarahan Samaria akan diangkut oleh raja Asyur.”
5 TUHAN berfirman lagi kepadaku.
6 Firman-Nya, “Kerana umat ini telah menolak air yang tenang dari Sungai Syiloah, dan mereka bersukacita di hadapan Raja Rezin dan Raja Pekah,
7 Aku, Tuhan, akan mendatangkan raja Asyur dengan seluruh angkatan perangnya untuk menyerang Yehuda. Mereka akan mara seperti air bah dari Sungai Efrat yang meluap-luap dan membanjiri tebingnya.
8 Mereka akan melanda Yehuda seperti banjir yang setinggi bahu dan menenggelamkan segala sesuatu.”Allah menyertai kita! Sayap-Nya yang terbentang menaungi negeri ini.
9 Berhimpunlah dengan ketakutan, hai bangsa-bangsa! Dengarlah, hai tempat-tempat yang jauh. Bersiaplah untuk berperang, tetapi hendaklah kamu takut! Ya, bersiap-siaplah, tetapi dengan rasa takut!