8 Mereka akan melanda Yehuda seperti banjir yang setinggi bahu dan menenggelamkan segala sesuatu.”Allah menyertai kita! Sayap-Nya yang terbentang menaungi negeri ini.
9 Berhimpunlah dengan ketakutan, hai bangsa-bangsa! Dengarlah, hai tempat-tempat yang jauh. Bersiaplah untuk berperang, tetapi hendaklah kamu takut! Ya, bersiap-siaplah, tetapi dengan rasa takut!
10 Buatlah rancangan-rancangan kamu, tetapi semuanya akan gagal! Ambillah keputusan, tetapi semuanya itu sia-sia, kerana Allah menyertai kami!
11 Aku dikuasai TUHAN dan diberikan amaran supaya tidak mengikut jalan yang ditempuh bangsa itu. Dia berfirman,
12 “Jangan berpakat dengan mereka, dan jangan takut akan hal-hal yang ditakuti mereka.
13 Ingatlah bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa adalah suci. Akulah yang harus kamu takuti.
14 Kerana Aku sangat suci, Aku menjadi seperti batu sandungan, serta perangkap bagi rakyat Yehuda dan Israel, serta penduduk Yerusalem.