5 Seorang anak telah dilahirkan bagi kita!Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita!Dia akan menjadi pemimpin kita.Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,”“Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,”“Raja Damai.”
6 Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilandari sekarang hingga akhir zaman.TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.
7 Tuhan telah menjatuhkan hukuman kepada kerajaan Israel, iaitu keturunan Yakub.
8 Semua penduduk Israel dan kota Samaria akan mengetahui bahawa Dialah yang melakukan hal ini. Sekarang mereka sombong dan tinggi hati. Mereka berkata,
9 “Bangunan-bangunan yang dibuat daripada batu bata telah roboh, tetapi kami akan menggantikannya dengan bangunan-bangunan daripada batu pahat. Kayu ara telah ditebang, tetapi kami akan menggantikannya dengan kayu sedar yang terbaik.”
10 TUHAN telah menggerakkan musuh mereka untuk menyerang mereka.
11 Bangsa Siria di timur dan bangsa Filistin di barat telah mengangakan mulut untuk menelan Israel. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.