44 TUHAN berfirman, “Orang akan menggunakan pepatah ini terhadap dirimu, hai Yerusalem: ‘Seperti ibunya, begitu juga anaknya.’
45 Sesungguhnya engkau adalah anak ibumu. Ibumu membenci suami serta anak-anaknya. Engkau serupa dengan saudara-saudara perempuanmu yang membenci suami dan anak mereka. Ibumu orang Het dan bapamu orang Amori.
46 Kakakmu ialah Samaria di sebelah utara dengan pekan-pekan di sekitarnya. Adik perempuanmu itu Sodom di sebelah selatan dengan pekan-pekan di sekitarnya.
47 Engkau tidak puas mengikut teladan mereka yang menjijikkan itu. Dalam masa yang singkat engkau pun berkelakuan lebih jahat daripada mereka.”
48 “Demi Aku, Allah yang hidup,” TUHAN Raja berfirman, “adikmu, Sodom dan pekan-pekan di sekitarnya, belum pernah melakukan kejahatan yang engkau lakukan bersama dengan pekan-pekan di sekitarmu.
49 Sodom dan anak-anaknya sombong kerana mereka mempunyai banyak makanan serta dapat hidup dengan tenang dan aman. Tetapi mereka tidak menolong orang yang miskin dan susah.
50 Mereka sombong dan degil, serta melakukan perkara-perkara yang Aku benci. Oleh itu Aku membinasakan mereka, sebagaimana yang engkau tahu.