1 Pada hari pertama, bulan . . ., tahun kesebelas masa pembuangan kami, TUHAN berfirman kepadaku,
2 “Hai manusia fana, dengarlah sorakan orang Tirus. Mereka berseru, ‘Yerusalem telah hancur! Kekuatan perdagangannya sudah hilang! Yerusalem tidak menjadi saingan kita lagi!’ ”
3 TUHAN Raja berfirman, “Aku musuhmu, hai Tirus. Aku akan membawa banyak bangsa untuk menyerang kamu. Mereka akan datang seperti ombak laut.
4 Mereka akan memusnahkan tembok-tembok kota kamu dan merobohkan menara-menara kamu. Selepas itu Aku akan menyapu segala debu sehingga tinggal sebuah batu sahaja.
5 Nelayan akan menjemur jala mereka di atas batu yang di tengah laut itu. Aku, TUHAN Raja telah berfirman. Bangsa-bangsa lain akan menjarah Tirus,