24 tetapi Roh Allah menguasai aku dan menegakkan aku. TUHAN berfirman kepadaku, “Pulanglah dan kurunglah diri di dalam rumah.
25 Engkau akan diikat dengan tali, hai manusia fana, dan engkau tidak akan dapat keluar untuk bertemu dengan orang ramai.
26 Aku akan membuat engkau kelu lidah sehingga engkau tidak dapat memberikan amaran kepada kaum pemberontak ini.
27 Apabila Aku berfirman kepadamu lagi, serta membolehkan engkau bercakap semula, hendaklah engkau memberitahu mereka apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan. Sesetengah orang akan mendengar, tetapi sesetengah lagi tidak, kerana mereka memang bangsa pemberontak.”