2 “Hai manusia fana, sampaikanlah firman-Ku kepada raja Mesir dan semua rakyatnya:Kamu sungguh kuat!Tiada yang dapat menjadi saingan kamu.
3 Engkau seperti pokok sedar di Lebanon,penuh dengan cabang yang rimbun dan indah,pokok yang tinggi sehingga puncaknya mencapai awan.
4 Pokok itu meninggi kerana airnya cukup.Sungai di bawah tanah memberinya khasiat,dan mengairi akar-akarnyaserta membasahi pokok-pokok lain di hutan.
5 Kerana cukup airnyapokok itu tumbuh lebih tinggidaripada pokok-pokok lain.Dahannya menjadi besar dan panjang.
6 Segala jenis burung membuat sarang pada dahannya,binatang liar melahirkan anak di bawah cabangnya.Bangsa-bangsa berlindung di bawah naungannya.
7 Alangkah indahnya pokok itu,yang sungguh tinggi dan berdahan panjang.Akarnya menembus jauh ke bawah,mencapai sumber air di dalam tanah.
8 Tiada pokok sedar di taman Allah, yang boleh disamakan dengan pokok itu.Tiada pokok fir yang mempunyai dahan seperti dahannya.Tiada pokok berangan yang mempunyai cabang seperti cabangnya.Tiada pokok di taman Allah yang seindah pokok itu.