6 Selepas itu dia pergi ke pintu gerbang yang menghadap ke timur. Dia menaiki tangga pintu gerbang, dan di atas tangga itu dia mengukur ambang pintu; lebarnya 3 meter.
7 Di belakang pintu gerbang itu ada sebuah lorong dan tiga buah bilik pengawal pada tiap-tiap sisinya. Tiap-tiap bilik berbentuk empat persegi, setiap sisi berukuran 3 meter, dan tembok pemisah bilik setebal 2.5 meter. Selepas bilik-bilik pengawal itu, lorong memanjang 3 meter lagi dan menuju ke ruangan depan yang menghadap Rumah TUHAN.
8-9 Lelaki itu mengukur ruangan tersebut dan ternyata lebarnya 4 meter. Itulah bahagian pintu gerbang yang terdekat dengan Rumah TUHAN, dan tembok di bahagian itu setebal 1 meter.
10 Ukuran bilik-bilik pengawal di sisi lorong itu semuanya sama, dan tebal tembok bilik pun sama.
11 Kemudian lelaki itu mengukur lorong di pintu gerbang. Lebar lorong itu 6.5 meter, dan lebar pintu gerbang itu 5 meter.
12 Di hadapan tiap-tiap bilik pengawal itu ada tembok yang rendah; tingginya 0.5 meter, dan tebalnya 0.5 meter juga. Semua bilik itu 3 meter persegi.
13 Lalu lelaki itu mengukur jarak dari tembok belakang sebuah bilik sampai ke tembok belakang bilik yang di seberangnya; jaraknya 12.5 meter.