4 Dia mengukur 500 meter lagi, dan airnya sampai ke lututku. Dia mengukur 500 meter lagi, dan airnya sampai ke pinggangku.
5 Dia mengukur 500 meter lagi, dan di situ airnya sudah menjadi sungai dalam sehingga aku tidak dapat menyeberanginya kecuali dengan berenang.
6 Lelaki itu berkata kepadaku, “Hai manusia fana, perhatikanlah semua ini dengan baik-baik.”Kemudian dia membawa aku ke tebing sungai.
7 Apabila aku sampai di sana, aku nampak banyak sekali pokok di kedua-dua tebing sungai itu.
8 Dia berkata kepadaku, “Air ini mengalir ke arah timur melalui negeri ini, lalu turun ke Lembah Sungai Yordan dan menuju ke Laut Mati. Apabila airnya sampai ke dalam Laut Mati, maka air laut yang masin itu digantikan dengan air tawar.
9 Ke mana sahaja air itu mengalir, di situ juga akan terdapat segala jenis binatang dan ikan. Air itu akan menjadikan air di Laut Mati tawar, dan ke mana sahaja air itu mengalir, di situ akan terdapat kehidupan.
10 Dari Mata Air En-Gedi sampai ke Mata Air En-Eglaim, akan ada banyak nelayan menjemur jala di pantainya. Di dalam air itu akan terdapat segala jenis ikan seperti yang ada di Laut Tengah.