32 Tetapi biarpun aku berkata demikian, kamu tetap tidak mahu percaya kepada TUHAN,
33 walaupun Dia selalu berjalan di hadapan kamu untuk mencari tempat berkhemah bagi kamu. Dia berada di hadapan kamu dalam tiang api pada waktu malam dan dalam tiang awan pada waktu siang, untuk menunjukkan jalan kepada kamu.
34 TUHAN mendengar sungutan kamu lalu Dia murka. Dia berfirman,
35 ‘Tidak seorang pun antara kamu daripada generasi yang jahat ini akan pergi ke tanah yang subur itu, yang sudah Aku janjikan untuk diberikan kepada nenek moyang kamu.
36 Hanya Kaleb anak Yefune akan pergi ke sana, kerana dia tetap setia kepada-Ku. Aku akan memberi Kaleb dan keturunannya tanah yang sudah dijelajahinya.’
37 Oleh sebab kamu, TUHAN juga murka kepadaku lalu berfirman, ‘Musa, engkau pun tidak akan pergi ke tanah itu.
38 Tetapi kuatkanlah hati pembantumu, Yosua anak Nun, kerana dia akan memimpin Israel untuk menduduki tanah itu.’