Ulangan 32 BM

1 “Hai langit dan bumi, dengarlah kata-kataku,dengarlah baik-baik ucapanku.

2 Ajaranku akan turun seperti air hujan,dan menjadi seperti embun di atas bumi.Perkataanku akan turun seperti hujan yang menyirami tanaman muda,dan seperti hujan rintik-rintik yang turun ke atas rerumputan.

3 Aku akan memuji nama TUHAN,dan umat-Nya akan memberitakan kebesaran-Nya.

4 TUHAN pembela kamu yang perkasa,Dia sempurna dan adil dalam segala perkara;Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya,Dia melakukan yang baik dan yang benar.

5 Tetapi kamu tidak setia, dan tidak layak menjadi umat-Nya;kamu bangsa yang suka menipu dan berdosa.

6 Begitukah caranya kamu memperlakukan TUHAN,hai kamu orang bodoh, dan tidak berfikiran?Dialah Bapa kamu, Pencipta kamu,Dialah yang menjadikan kamu satu bangsa.

7 Ingatlah akan masa lampau, zaman dahulu kala;mintalah bapa kamu menceritakannya kepada kamu;mintalah orang tua-tua menceritakan kisah yang lalu.

8 Ketika Yang Maha Tinggi membahagi tanah kepada bangsa-bangsa,Dia menentukan wilayah tempat tinggal mereka,dengan malaikat sebagai pelindung,

9 tetapi keturunan Yakub dipilih oleh TUHAN untuk diri-Nya sendiri.

10 Dia menjumpai mereka mengembara di padang gurun,padang pasir yang sepi dan terdedah kepada angin.Dia melindungi dan memelihara merekasebagaimana Dia menjaga biji mata-Nya.

11 Sebagaimana burung helang mengajar anaknya terbang,dan menampungnya dengan sayap yang terbentang,demikianlah TUHAN menjaga Israel supaya tidak jatuh.

12 TUHAN sendiri yang memimpin umat-Nya,tanpa dibantu oleh tuhan-tuhan lain.

13 Dia membolehkan mereka memerintah di gunung-gunung,mereka makan hasil tanaman di ladang-ladang.Mereka mendapat madu hutan di bukit batu;pokok zaitun mereka tumbuh subur di tanah yang berbatu.

14 Lembu dan kambing mereka menghasilkan banyak susu;mereka mempunyai domba, kambing, dan lembu yang terbaik,dan juga gandum, serta wain yang terbaik.

15 Umat TUHAN menjadi kaya, tetapi suka memberontak,mereka kenyang dengan makanan, dan mereka gemuk.Mereka meninggalkan Allah, Pencipta mereka,dan menolak Penyelamat mereka yang perkasa.

16 Mereka menyembah berhala, dan menjadikan TUHAN cemburu,mereka melakukan kejahatan, dan menjadikan-Nya murka.

17 Mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukan kepada Allah,tuhan-tuhan baru yang tidak dikenal oleh nenek moyang mereka,dewa-dewa yang tidak pernah ditaati oleh Israel.

18 Mereka lupa akan Allah, Penyelamat yang perkasa,Dia yang memberi mereka kehidupan.

19 Apabila TUHAN melihat hal itu, Dia murka,anak-anak-Nya lelaki dan perempuan, ditolak oleh-Nya.

20 ‘Aku tidak mahu menolong mereka lagi,’ firman-Nya,‘Aku hendak melihat apa yang akan berlaku kepada mereka,umat yang degil dan tidak setia.

21 Mereka menyebabkan Aku cemburukepada yang bukan Allah,dan murka kepada patung berhala mereka.Oleh itu Aku akan menyebabkan mereka marahterhadap yang bukan bangsa.Aku akan menyebabkan mereka cemburuterhadap bangsa yang bodoh.

22 Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api,dan membakar segala sesuatu di atas bumi.Api itu akan turun ke dunia orang mati,dan menghanguskan akar gunung-gunung.

23 Aku akan menimpakan bencana yang tidak habis-habis kepada mereka,dan membidikkan semua anak panah-Ku kepada mereka.

24 Mereka akan mati kerana demam dan kelaparan;mereka akan mati kerana penyakit yang mengerikan.Aku akan mendatangkan binatang buas untuk menerkam mereka,dan ular berbisa untuk mematuk mereka.

25 Peperangan akan membawa maut di jalan-jalan raya,kengerian akan menimpa orang di rumah-rumah.Orang muda, lelaki dan perempuan akan mati,bayi dan orang tua juga tidak terkecuali.

26 Aku seharusnya membinasakan mereka semua,supaya tidak seorang pun ingat akan mereka.

27 Tetapi Aku tidak dapat membiarkan musuh membanggakan diri,bahawa merekalah yang mengalahkan umat-Ku,sedangkan Akulah yang menghancurkan umat-Ku.’

28 Israel suatu bangsa yang tidak ada pengetahuan;mereka sama sekali tidak ada kebijaksanaan.

29 Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan,mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.

30 Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang,dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang?TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka;Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.

31 Musuh Israel tahu bahawa pelindung mereka lemah,tidak perkasa seperti Allah, Pelindung Israel.

32 Musuh Israel jahat seperti Sodom dan Gomora,seperti pokok anggur yang pahit dan beracun buahnya,

33 seperti wain yang dibuat daripada racun ular berbisa.

34 TUHAN ingat akan perbuatan musuh umat-Nya;Dia menantikan masa yang tepat untuk menghukum mereka.

35 TUHAN akan membalas dendam dan menghukum mereka;masanya akan tiba apabila mereka jatuh dan binasa,hari kehancuran mereka segera tiba.

36 TUHAN akan menyelamatkan umat-Nyaapabila Dia melihat mereka kehabisan tenaga.Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya,apabila Dia melihat mereka tidak berdaya.

37 Lalu TUHAN akan bertanya kepada umat-Nya,‘Di manakah tuhan-tuhan perkasa yang kamu percayai itu?

38 Kamu mempersembahkan waindan korban terbaik kepada mereka,kamu memberi mereka minum wain.Sekarang biarlah mereka menolong kamu,biarlah mereka menyelamatkan kamu.

39 Akulah satu-satunya Allah;tiada yang lain kecuali Aku.Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa,Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang;tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.

40 Demi Aku sendiri, Allah yang hidup,Aku mengangkat tangan dan bersumpah

41 bahawa Aku akan mengasah pedang-Ku yang berkilauan,dan menegakkan keadilan.Aku akan membalas dendam terhadap musuh-Ku,dan menghukum orang yang membenci Aku.

42 Anak panah-Ku akan dilumuri darah mereka,dan pedang-Ku akan membunuh semua orang yang menentang Aku.Tidak seorang pun yang melawan Aku akan hidup;bahkan orang terluka dan orang tawanan pun akan mati.’

43 Hai bangsa-bangsa, pujilah umat TUHAN.TUHAN menghukum semua orang yang membunuh umat-Nya;Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya,dan mengampunkan dosa umat-Nya.”

44 Musa dan Yosua anak Nun mengucapkan nyanyian itu supaya umat Israel dapat mendengarnya.

Perintah Musa yang Terakhir

45 Selepas Musa menyampaikan ajaran Allah kepada umat itu,

46 dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.

47 Ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini adalah nyawa kamu. Taatilah semuanya supaya kamu panjang umur di tanah di seberang Sungai Yordan, tanah yang segera akan kamu duduki.”

48 Pada hari itu juga TUHAN berfirman kepada Musa,

49 “Pergilah ke Pergunungan Abarim di tanah Moab, yang bertentangan dengan kota Yerikho. Dakilah Gunung Nebo, dan pandanglah tanah Kanaan yang segera akan Aku berikan kepada umat Israel.

50 Engkau akan meninggal di atas gunung itu seperti saudaramu Harun meninggal di atas Gunung Hor,

51 kerana kamu berdua tidak setia kepada-Ku di hadapan umat Israel. Semasa engkau berada dekat mata air Meriba, yang berhampiran kota Kades di gurun Zin, engkau tidak menghormati Aku di hadapan umat Israel.

52 Engkau akan memandang tanah itu dari jauh, tetapi engkau tidak akan pergi ke tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel.”