4 Hal ini berlaku setelah TUHAN mengalahkan Raja Sihon, raja orang Amori, yang memerintah di kota Hesybon, dan juga Raja Og, raja Basan, yang memerintah di kota Asytarot dan Edrei.
5 Pada masa umat Israel berada di sebelah timur Sungai Yordan di kawasan Moab, Musa mula menjelaskan hukum dan ajaran Allah.Musa berkata,
6 “Semasa kita di Gunung Sinai, TUHAN, Allah kita berfirman, ‘Sudah cukup lama kamu tinggal di gunung ini.
7 Sekarang bongkarlah perkhemahan kamu, dan pergilah ke kawasan perbukitan orang Amori dan ke seluruh daerah di sekitarnya: ke Lembah Yordan, ke kawasan perbukitan dan dataran rendah, ke daerah di bahagian selatan, dan ke pantai Laut Tengah. Pergilah ke tanah Kanaan dan ke Pergunungan Lebanon sampai ke Sungai Efrat, sungai yang besar itu.
8 Aku, TUHAN, sudah berjanji untuk memberikan seluruh tanah itu kepada nenek moyang kamu Abraham, Ishak, dan Yakub, serta keturunan mereka. Pergilah dan dudukilah tanah itu.’ ”
9 Musa berkata kepada umat itu, “Semasa kita di Gunung Sinai, aku berkata kepada kamu, ‘Tanggungjawab untuk memimpin kamu terlalu berat bagiku. Aku tidak sanggup melakukannya seorang diri.
10 TUHAN, Allah kamu sudah menjadikan kamu sebanyak bintang di langit.