4 Pada batu tulis itu TUHAN menuliskan apa yang ditulis-Nya pada kali pertama. Dia menuliskan Sepuluh Hukum yang diberikan-Nya kepada kamu ketika Dia berfirman kepada kamu dari api, pada hari kamu berkumpul di gunung. TUHAN memberikan batu tulis itu kepadaku,
5 lalu aku turun dari gunung. Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, aku meletakkan batu tulis itu di dalam tabut yang telah aku buat. Batu tulis itu disimpan di dalam tabut sejak masa itu sampai sekarang.”(
6 Umat Israel meninggalkan perigi-perigi kepunyaan orang Yaakan, lalu pergi ke Mosera. Di Mosera, Harun meninggal dan dikebumikan, lalu Eleazer, anaknya menggantikan dia sebagai imam.
7 Dari sana mereka pergi ke Gudgod, lalu ke Yotbata, tempat yang banyak airnya.
8 Di atas gunung, TUHAN melantik orang daripada suku Lewi untuk menjaga Tabut Perjanjian, dan untuk mengabdi kepada-Nya sebagai imam, dan juga untuk mengucapkan berkat demi nama-Nya. Hingga sekarang suku Lewi masih menjalankan tugas itu.
9 Itulah sebabnya suku Lewi tidak mendapat tanah seperti suku-suku lain, kerana mereka menerima hak istimewa untuk menjadi imam TUHAN seperti yang dijanjikan oleh TUHAN, Allah kamu.)
10 “Aku tinggal di atas gunung itu selama empat puluh hari dan empat puluh malam seperti kali pertama dahulu. TUHAN mendengarkan aku sekali lagi dan bersetuju tidak membinasakan kamu.