15 dan rumput untuk ternakan kamu. Kamu akan mendapat segala makanan yang kamu kehendaki.
16 Jangan biarkan diri kamu disesatkan sehingga berpaling daripada TUHAN, lalu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain.
17 Jika kamu melanggar hukum itu, TUHAN akan murka terhadap kamu. Dia akan menahan hujan, lalu tanah kamu akan menjadi kering-kersang sehingga tanaman tidak dapat tumbuh. Kemudian kamu akan segera mati di sana, walaupun tanah yang diberikan-Nya kepada kamu itu, tanah yang baik.
18 Ingatlah dan hargailah hukum-hukum itu. Ikatkanlah hukum itu pada lengan dan juga pada dahi kamu sebagai peringatan.
19 Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.
20 Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu gerbang kamu.
21 Jika kamu berbuat demikian, kamu dan anak-anak kamu akan hidup lama di tanah yang dijanjikan TUHAN, Allah kamu kepada nenek moyang kamu. Kamu akan tinggal di sana selama ada langit di atas bumi.