23 Kemudian Dia akan mengusir semua bangsa itu apabila kamu bergerak maju, dan kamu akan menduduki tanah milik bangsa-bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu.
24 Segala tanah yang kamu pijak akan menjadi milik kamu. Wilayah kamu akan terbentang luas, bermula dari padang gurun di selatan sampai ke Pergunungan Lebanon di utara, dan dari Sungai Efrat di timur sampai ke Laut Tengah di barat.
25 Ke mana sahaja kamu pergi di tanah itu, TUHAN, Allah kamu akan menyebabkan orang takut kepada kamu seperti yang dijanjikan-Nya; tiada seorang pun akan dapat menghalangi kamu.
26 Pada hari ini aku memberi kamu pilihan antara berkat dan kutuk -
27 berkat, jika kamu taat kepada perintah TUHAN, Allah kamu yang aku berikan kepada kamu pada hari ini;
28 atau kutuk, jika kamu tidak taat kepada perintah itu, dan berpaling untuk menyembah tuhan-tuhan lain yang tidak pernah kamu puja.
29 Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki itu, kamu harus mengisytiharkan berkat dari atas Gunung Gerizim dan kutuk dari atas Gunung Ebal. (