27 berkat, jika kamu taat kepada perintah TUHAN, Allah kamu yang aku berikan kepada kamu pada hari ini;
28 atau kutuk, jika kamu tidak taat kepada perintah itu, dan berpaling untuk menyembah tuhan-tuhan lain yang tidak pernah kamu puja.
29 Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki itu, kamu harus mengisytiharkan berkat dari atas Gunung Gerizim dan kutuk dari atas Gunung Ebal. (
30 Kedua-dua gunung itu terletak di sebelah barat Sungai Yordan di wilayah orang Kanaan yang tinggal di Lembah Yordan. Gunung-gunung itu menghadap ke barat, tidak jauh dari pokok-pokok keramat di More, dekat kota Gilgal.)
31 Tidak lama lagi kamu akan menyeberangi Sungai Yordan dan menduduki tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu. Apabila kamu sudah menduduki tanah itu dan menetap di sana,
32 pastikanlah bahawa kamu patuh kepada segala hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.”