11 Kamu boleh makan semua jenis burung yang halal.
12-18 Tetapi jenis-jenis burung yang berikut tidak boleh kamu makan: burung rajawali, burung hantu, semua jenis burung helang, burung nasar, burung gagak, burung unta, burung camar, burung ranggung, burung pucung dan semua jenis burung bangau, burung undan, burung kosa, dan kelawar.
19 Semua serangga yang bersayap adalah haram; jangan makan serangga jenis itu.
20 Makanlah serangga jenis yang halal.
21 Jangan makan binatang yang mati biasa. Daging binatang itu boleh dimakan oleh orang asing yang tinggal di kalangan kamu, atau dijual kepada orang asing. Tetapi kamu milik TUHAN, Allah kamu; kamu umat-Nya.Jangan rebus anak domba atau anak kambing di dalam susu induknya.”
22 “Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.
23 Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipilih oleh TUHAN, Allah kamu sebagai tempat ibadat. Di hadirat TUHAN, Allah kamu, di tempat yang dipilih-Nya itu, makanlah persembahan persepuluhan itu: biji-bijian, wain, minyak zaitun, anak sulung lembu, dan anak sulung domba kamu. Buatlah demikian supaya kamu sentiasa belajar menghormati TUHAN, Allah kamu.