2 Kamu milik TUHAN, Allah kamu; Dia sudah memilih kamu untuk menjadi umat-Nya sendiri, antara semua bangsa yang tinggal di atas bumi.”
3 “Jangan makan apa-apa yang dinyatakan haram oleh TUHAN.
4 Kamu boleh makan binatang ini: lembu, domba, kambing,
5 rusa, domba hutan, kambing hutan, dan kijang.
6 Tiap-tiap binatang yang berkuku belah dan yang memamah biak boleh dimakan.
7 Kamu tidak boleh makan binatang yang tidak berkuku belah dan yang tidak memamah biak. Jangan makan daging unta, arnab, atau landak batu. Binatang itu haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.
8 Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.