21 Jangan makan binatang yang mati biasa. Daging binatang itu boleh dimakan oleh orang asing yang tinggal di kalangan kamu, atau dijual kepada orang asing. Tetapi kamu milik TUHAN, Allah kamu; kamu umat-Nya.Jangan rebus anak domba atau anak kambing di dalam susu induknya.”
22 “Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.
23 Kemudian pergilah ke satu tempat yang dipilih oleh TUHAN, Allah kamu sebagai tempat ibadat. Di hadirat TUHAN, Allah kamu, di tempat yang dipilih-Nya itu, makanlah persembahan persepuluhan itu: biji-bijian, wain, minyak zaitun, anak sulung lembu, dan anak sulung domba kamu. Buatlah demikian supaya kamu sentiasa belajar menghormati TUHAN, Allah kamu.
24 Jika kamu tinggal terlalu jauh dari satu tempat ibadat itu, dan susah bagi kamu membawa persembahan persepuluhan daripada hasil ladang yang diberikan oleh TUHAN, kepada kamu, maka lakukanlah hal ini:
25 Juallah hasil ladang itu dan bawalah wang harganya ke satu tempat ibadat itu.
26 Dengan wang itu belilah apa sahaja yang kamu mahu - lembu, domba, wain, dan minuman keras. Kemudian di tempat itu, di hadirat TUHAN, Allah kamu, kamu dan keluarga kamu harus makan dan bersukacita.
27 Jangan abaikan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu; mereka tidak mempunyai harta milik.