25 Juallah hasil ladang itu dan bawalah wang harganya ke satu tempat ibadat itu.
26 Dengan wang itu belilah apa sahaja yang kamu mahu - lembu, domba, wain, dan minuman keras. Kemudian di tempat itu, di hadirat TUHAN, Allah kamu, kamu dan keluarga kamu harus makan dan bersukacita.
27 Jangan abaikan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu; mereka tidak mempunyai harta milik.
28 Pada akhir setiap tahun ketiga, bawalah persembahan persepuluhan daripada segala hasil tanaman kamu dan simpanlah semuanya di dalam kota-kota kamu.
29 Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”