11 Di kalangan orang Israel, selalu akan terdapat beberapa orang miskin dan yang memerlukan pertolongan. Oleh itu aku memerintahkan kamu supaya bermurah hati terhadap mereka.”
12 “Jika seorang Israel, lelaki atau perempuan, menjual dirinya sebagai abdi kepada kamu, bebaskanlah dia setelah dia bekerja bagi kamu selama enam tahun. Pada tahun yang ketujuh, kamu mesti membebaskan dia.
13 Apabila kamu membebaskan dia, jangan biarkan dia pergi dengan tangan kosong.
14 Dengan murah hati berilah dia apa sahaja yang dikurniakan oleh TUHAN kepada kamu, seperti domba, biji-bijian, dan wain.
15 Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.
16 Tetapi mungkin abdi kamu itu tidak mahu dibebaskan, kerana dia mengasihi kamu dan keluarga kamu, dan dia suka tinggal dengan kamu.
17 Jika demikian, bawalah dia ke pintu rumah kamu, lalu di situ tindiklah telinganya. Lalu dia akan menjadi abdi kamu seumur hidupnya. Begitu juga yang harus kamu lakukan terhadap abdi perempuan kamu.