13 Apabila kamu membebaskan dia, jangan biarkan dia pergi dengan tangan kosong.
14 Dengan murah hati berilah dia apa sahaja yang dikurniakan oleh TUHAN kepada kamu, seperti domba, biji-bijian, dan wain.
15 Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.
16 Tetapi mungkin abdi kamu itu tidak mahu dibebaskan, kerana dia mengasihi kamu dan keluarga kamu, dan dia suka tinggal dengan kamu.
17 Jika demikian, bawalah dia ke pintu rumah kamu, lalu di situ tindiklah telinganya. Lalu dia akan menjadi abdi kamu seumur hidupnya. Begitu juga yang harus kamu lakukan terhadap abdi perempuan kamu.
18 Jangan berasa kesal apabila kamu membebaskan seorang abdi, kerana dia telah bekerja bagi kamu selama enam tahun, dengan separuh gaji seorang pekerja. Lakukanlah perintah itu, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”
19 “Asingkanlah semua anak sulung lembu dan anak sulung domba kamu untuk TUHAN, Allah kamu. Jangan gunakan lembu itu untuk membuat kerja, dan jangan gunting bulu domba itu.