16 Tetapi mungkin abdi kamu itu tidak mahu dibebaskan, kerana dia mengasihi kamu dan keluarga kamu, dan dia suka tinggal dengan kamu.
17 Jika demikian, bawalah dia ke pintu rumah kamu, lalu di situ tindiklah telinganya. Lalu dia akan menjadi abdi kamu seumur hidupnya. Begitu juga yang harus kamu lakukan terhadap abdi perempuan kamu.
18 Jangan berasa kesal apabila kamu membebaskan seorang abdi, kerana dia telah bekerja bagi kamu selama enam tahun, dengan separuh gaji seorang pekerja. Lakukanlah perintah itu, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu.”
19 “Asingkanlah semua anak sulung lembu dan anak sulung domba kamu untuk TUHAN, Allah kamu. Jangan gunakan lembu itu untuk membuat kerja, dan jangan gunting bulu domba itu.
20 Tiap-tiap tahun kamu dan keluarga kamu harus makan binatang itu di hadirat TUHAN di satu tempat ibadat yang dipilih oleh TUHAN.
21 Jika binatang itu mempunyai kecacatan seperti tempang, buta, atau kecacatan lain yang teruk, jangan persembahkan binatang itu sebagai korban kepada TUHAN, Allah kamu.
22 Kamu boleh makan binatang seperti itu di rumah. Baik kamu tahir ataupun najis, kamu semua boleh makan binatang itu sebagaimana kamu makan daging rusa atau kijang.